Wednesday 11 May 2011

Kolej Komuniti Kemaman di Facebook

Kolej Komuniti Kemaman boleh juga dilayari menerusi laman web facebook di;

http://www.facebook.com/group.php?gid=106034142772954&v=photos&ref=ts#!/group.php?gid=106034142772954&v=wall

dan juga bagi peminat kursus-kursus di bawah Program Latihan 1Malaysia, boleh masuk ke;

http://www.facebook.com/group.php?gid=106034142772954&v=photos&ref=ts#!/home.php?sk=group_132688476785099&ap=1


Harap Maklum....

Antara Kursus yang dilaksanakan...

Bermula Januari 2010, pelbagai program dan kursus di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Kemaman. Antaranya ialah pelaksanaan kursus-kursus jangka pendek dan juga kursus Latihan Peningkatan Kerjaya yang telah menarik minat dan penyertaan daripada pelbagai tingkat masyarakat terutamanya komuniti setempat di sekitar daerah Kemaman.

Kursus-kursus ini dikategorikan kepada 12 kluster yang merangkumi pelbagai kemahiran dan pengkhususan termasuklah komputer, teknologi maklumat, jahitan, masakan, elektrik dan elektronik, dandanan dan sebagainya.

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA


Pengenalan

Program Latihan 1Malaysia (Kursus Jangka Pendek) telah dilancarkan di Kolej-kolej Komuniti seluruh Malaysia dengan objektif berikut: Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat, membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, mengurangkan masalah sosial belia Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran, dan memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan.


Ia adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.

Objektif Program

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat
  • Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
  • Mengurangkan masalah sosial belia
  • Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran
  • Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan


Syarat Kelayakan

  • Warganegara MALAYSIA
  • Boleh membaca dan menulis
  • (Pesara kerajaan/Warga Emas/Belia/Lulusan Universiti/Lepasan Sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja
  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon

Perlaksanaan

Kursus dijalankan pada selepas waktu pejabat (hari bekerja) dan hujung minggu:
  • Masa : 6.00 petang hingga 10.00 malam (hari bekerja)
  • Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang (hujung minggu)

Bayaran


  • Program Kemahiran Bahasa - RM10.00 / Kursus (Pakej)
  • Program Kemahiran Lain - RM 1.00 sejam (Bayaran Dicaj Mengikut Jam Kursus dan Tambahan kepada kursus yang melibatkan kos bahan

Tempoh Kursus/Jangka Masa Kursus
  • Bagi program Bahasa dan Muzik jangka masa kursus adalah 32 jam dengan bayaran hanya RM 10
  • Bagi program-program kemahiran jangka masa kursus adalah minimum 20 jam dengan bayaran RM 1 sejam (dan terdapat tambahan bayaran untuk kursus yang melibatkan kos bahan).


 

JABATAN PSH

Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan salah satu daripada dua jabatan dalam carta organisasi kolej komuniti. Sesuai dengan peranan kolej komuniti sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat maka Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah dipertanggungjawabkan dalam mengurus dan menawarkan kursus jangka pendek kepada setiap anggota masyarakat dari pelbagai latar belakang kehidupan, pelbagai strata sosioekonomi dan pelbagai tahap keupayaan pembelajaran. Kursus jangka pendek yang ditawarkan adalah berdasarkan modul dan juga “customized course”.

Dalam memantapkan pelaksanaan kursus yang dianjurkan maka lima fokus utama yang sentiasa diberi penekanan ialah:

  • Reskilling/upskilling
  • Keusahawanan
  • Masyarakat Prihatin
  • Pengukuhan Graduan
  • Pembasmian Kemiskinan

Antara unit-unit yang berada di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat ialah:

  • Unit Kursus Pendek
  • Unit Latihan Staf
  • Unit Kualiti
  • Unit Penyelidikan dan Pembangunan 


Objektif Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat


  • Memberikan latihan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja dan taraf sosioekonomi.
  • Memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel dan mudah diakses.
  • Sekurang-kurangnya 50% Pensyarah mendapat latihan berkaitan Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) dalam tempoh setahun.
  • Semua staf menghadiri kursus/latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
  • Meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat setempat dalam program sepenuh masa dan kursus jangka pendek melalui aktiviti pameran.

Tuesday 3 May 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG JABATAN PSH KKKEMAMAN...

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua,

Selamat datang ke blog Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Kemaman.

Perkara pertama yang ingin dikongsi bersama ialah berkenaan ialah Kolej Komuniti Kemaman. Kolej Komuniti Kemaman adalah salah sebuah daripada 70 buah Kolej Komuniti yang terdapat di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Kolej Komuniti berada di bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.




Terletak di Bangunan Majlis Perbandaran Kemaman di Kijal, berhampiran Balai Polis Kijal. Bangunan 2 tingkat ini merangkumi
  • 1 ruang pejabat penjtadbiran
  • 1 bilik pensyarah
  • 1 pusat sumber
  • 4 makmal komputer
  • 1 makmal elektrik dan elektronik
  • 1 makmal sains
  • 1 bilik rekreasi
  • 2 bilik kuliah
  • surau
  • ruang legar pelajar (student centre)